Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Myvi ‘Terhuyung-Hayang’ Dihentikan Pemandu...

RAKAMAN video sebuah kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Bukit Jawi Golf Resort,...

MARA Sasar Buka Kompleks...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk membuka kompleks industri MARA...

Organisasi Perlu Pandang Serius...

SEREMBAN – Pihak pengurusan dan pentadbiran organisasi diminta memandang serius isu gangguan seksual...

Cantum Tanah Felda Jadi...

ROMPIN - Kerajaan merancang tanah-tanah peneroka Felda dicantum menjadi ladang besar yang mampu...

Russia Adakan Latihan Ketenteraan Di Pulau Dipertikaikan Jepun

MOSCOW: Russia sedang menjalankan latihan ketenteraan di pulau-pulau yang dituntut oleh Tokyo, beberapa hari selepas Moscow menghentikan rundingan damai dengan Jepun kerana sekatan dikenakan terhadapnya susulan pencerobohan ke atas Ukraine.

Tentera Daerah Timur Russia berkata, ia sedang menjalankan latihan di kepulauan Kuril membabitkan lebih 3,000 tentera dan ratusan peralatan tentera, menurut agensi berita Interfax Russia.

Ia tidak menyatakan di mana rantaian pulau itu, yang menghubungkan semenanjung Kamchatka Russia dan pulau utama paling utara Jepun, Hokkaido di mana latihan itu berlangsung.

Media Jepun berkata, mereka berada di wilayah yang dirampas oleh Kesatuan Soviet pada akhir Perang Dunia Kedua yang dituntut oleh Tokyo.

Kementerian Luar Jepun dan Pejabat Perdana Menteri tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai latihan itu.

Pertikaian wilayah ke atas empat pulau berlaku apabila Russia menyatakan ia adalah sebahagian daripada rantaian Kurilnya, sebaliknya Jepun menyatakan ia Wilayah Utaranya, hingga menghalang Tokyo dan Moscow mencapai perjanjian damai.


Jepun berasa marah selepas Russia menarik diri daripada rundingan perjanjian yang telah lama berjalan dan membekukan projek ekonomi bersama berkaitan dengan pulau-pulau itu, sebagai tindak balas terhadap Jepun yang menyertai sekatan Barat berhubung pencerobohan yang telah berlangsung selama sebulan oleh Moscow ke atas Ukraine.

Latihan Russia membabitkan menangkis peperangan amfibia, termasuk memusnahkan pesawat pertahanan yang membawa tentera dan menguji kemahiran untuk mengendalikan sistem kawalan tembakan peluru berpandu antikereta kebal.

“Selain itu, unit Tentera Udara sedang menjalankan satu set langkah untuk mengesan, mengenal pasti dan memusnahkan pesawat musuh palsu yang melakukan serangan melalui udara,” agensi berita itu memetik perkhidmatan akhbar Daerah sebagai berkata.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori