• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM80 Juta Bangunkan Bandar Islamik

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM80 juta dalam usaha mewujudkan pembangunan bandar berkonsepkan Islam di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pembangunan bandar Islamik yang dinamakan Madinah Al-Salam itu akan dibina di tanah seluas 46 hektar di Mukim Tiong di sini.

Beliau berkata, projek itu termasuk dalam rancangan pelan strategik kerajaan Kelantan Melangkah Ke Hadapan (KMK) dalam tempoh 2016 hingga 2025.

“Antara komponen yang akan dibina di Madinah Al-Salam ini adalah kompleks masjid, wisma, dewan serbaguna, perumahan, kompleks sukan renang dan pasar.

“Pembangunan Madinah Al-Salam yang menerapkan elemen Islamik bukan sahaja pada konsep reka bentuk tetapi juga menjadikan masjid sebagai nukleus pembangunan dan pusat aktiviti utama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pecah tanah di sini, yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Ahmad berkata, pembangunan bandar Islamik itu dijangka mampu menjadikan kawasan itu sebuah bandar terancang dan wujud sebagai bandar baharu pintar.

Katanya, projek itu juga bakal menjadi antara komponen utama pembangunan Bandar Baharu Tunjong yang mampu merangsang ekonomi negeri dalam mendepani cabaran pemulihan pandemik COVID-19, sekali gus mengurangkan ketidakseimbangan melalui pengagihan manfaat sosioekonomi yang lebih baik.

“Projek ini dilihat berpotensi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Tunjong di samping menggalakkan pembangunan di sekitarnya,” katanya.

BHonline-

Tags: Bandar IslamikCovid-19KMK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lori Bawa Asid Sulfurik Terbalik

Next Post

Kenderaan Berat Tetap Dilarang Masuk Bandar Waktu Puncak

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Kenderaan Berat Tetap Dilarang Masuk Bandar Waktu Puncak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd