• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Lancar Kempen Atasi Masalah Rakyat, Tarik Pengundi Atas Pagar

oleh Mohd Arshad
26/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Rafizi Ramli dijangka melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan melancarkan kempen itu itu diambil selepas mengambil kira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan pandangan pelbagai pihak di dalam PKR.

Katanya, majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

“Kempen yang bertemakan Ayuh Malaysia mempunyai matlamat mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan sukarelawan pilihan raya.

“Selain itu, memberi nafas baru kepada kempen PKR dan Pakatan Harapan (PH) dengan penekanan khusus kepada pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit.

“Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea dasar dan pelan pelaksanaan, Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan PKR untuk menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Majlis Pelancaran Ayuh Malaysia akan diadakan pada pukul 8 malam ini di Vida Bukit Ceylon di Kuala Lumpur.

Menurut Mohd. Rafizi, platform Ayuh Malaysia itu bukan inisiatif khusus PKR, tetapi digerakkan oleh pimpinan muda PKR dengan harapan dapat menarik mint penyertaan pelbagai lapisan Masyarakat.

Katanya, selain beliau dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, pelancaran tersebut juga dijangka melibatkan beberapa pimpinan muda PKR yang lain.

Ads by Kiosked
“Pelancaran Ayuh Malaysia akan turut menampilkan Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru), Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Manivannan Gowindasamy (mantan Ahli Parlimen Kapar) dan Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang).

“Oleh kerana kehadiran dihadkan kepada 150 orang untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis ini dibuka kepada pihak media dan jemputan sahaja.

“Orang rami yang tidak berpeluang hadir dijemput mengikuti majlis pelancaran secara langsung di laman Facebook, Youtube dan Twitter saya bermula pukul 8 malam.

“Kami akan membentangkan teras lima dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang rama seperti masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain.

“Kami berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: kempenMasalah RakyatRafiziUndi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

13/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki...

Tuduhan Rakyat Sedang Kebuluran, Melampau Dan Kurang Cerdik – Rafizi

Tuduhan Rakyat Sedang Kebuluran, Melampau Dan Kurang Cerdik – Rafizi

29/08/2024
0

SHAH ALAM - Tindakan seorang pemimpin wanita Pas yang menyebarkan dakwaan rakyat sedang mati kelaparan kerana tiada bekalan beras adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd