• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Mungkin Dalam Tempoh Oktober-Disember Ini

oleh AK-47
21/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijangka diadakan pada suku terakhir tahun ini, selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) tamat pada Julai ini.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berpandangan jika MoU berkenaan terbatal lebih awal, ia tidak akan memberi kesan kepada pelaksanaan PRU, selain MoU itu disifatkannya tidak memberi kesan kepada fungsi pembangkang dan kestabilan politik.

“Tanggungjawab pembangkang berjalan seperti biasa, politik nak dikatakan stabil, tidak juga. Jadi, dalam hal ini, nilai tambah MoU itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada kestabilan politik.

“Bagaimanapun, mereka yang hendak mengadakan PRU lebih awal itu berasa was-was kerana tidak mahu dilihat melanggar MoU.

“Justeru, jangkaan saya, PRU adalah pada suku terakhir tahun ini, mungkin antara Oktober hingga Disember, tetapi bukan sebelum tamat MoU,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, semalam, bahawa MoU itu akan dibatalkan jika Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti tidak diluluskan di Parlimen.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, RUU itu yang sebelum ini dijadualkan dibentang pada sesi Dewan Rakyat ketika ini dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun hanya akan dibentang di Dewan Rakyat sebaik pendapat serta input daripada semua pihak diperoleh dan sesi libat urus selesai.

Katanya, Kabinet memutuskan RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain, terutama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan pindaan itu mendapat sokongan kedua-dua gabungan parti itu di Dewan Rakyat.

Mengulas perkara itu, Azmi berkata, BN dan PN adalah parti yang terbabit dan terkesan dengan isu lompat parti, yang mana BN mempunyai ramai Ahli Parlimen melompat ke parti lain dan BERSATU dalam PN mempunyai ramai Ahli Parlimen daripada parti lain.

“Mungkin sebelum ini, tiada perbincangan dilakukan. Jadi, perbincangan itu penting, contohnya BN mahu memastikan, bagi mereka yang melompat parti dan mahu kembali kepada UMNO, adakah akta itu akan menghalangnya?

“Bagi PN, sama juga kerana banyak Ahli Parlimennya melompat daripada UMNO dan PKR, yang mana UMNO mungkin mahu kembali kepada UMNO dan yang PKR, mahu menubuhkan parti lain.

“Justeru, dalam hal ini, perlu diadakan perbincangan lebih lanjut supaya apabila RUU itu dikuatkuasakan kelak, ia tidak merugikan satu parti saja,” katanya.

BHonline-

Tags: MoUPHPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd