• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Video Tular Halang Laluan Di Pudu

oleh Mohd Arshad
29/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian perselisihan faham melibatkan dua individu apabila seorang daripada mereka dipercayai menghalang laluan jalan raya di Jalan Sungai Besi, Pudu dalam video tular melalui media sosial sejak, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu klip video dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok yang memaparkan kejadian perselisihan faham tersebut.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku melibatkan dua orang yang mana salah seorang terlibat menghalang laluan jalan raya di Jalan Sungai Besi.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja klip video berkenaan tular.

“Siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

Dalam video berdurasi kira-kira 15 saat itu, seorang lelaki dilihat menghalang laluan jalan raya dengan berbaring di hadapan kenderaan lain.

Lelaki itu kemudian dilihat cuba ‘membuat kacau’ dengan memarahi pemandu kenderaan terbabit dan menaikkan pengelap kenderaan itu.

Noor Dellhan menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Arfizal Aizal Md. Ariff di talian 012-7883138 atau IPD Dang Wangi di talian 03-26002222.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian Hotline Kuala Lumpur di 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelas beliau.

-Utusan Online

Tags: Halang LaluanpolisPudu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd