• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tidak Boleh Sewenang Bubar Parlimen – Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
13/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan Parlimen semata-mata untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal ini kerana Perdana Menteri perlu menghormati beberapa perkara yang dipersetujukan antara PN dan Barisan Nasional (BN) termasuklah soal pembubaran Parlimen.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, persetujuan antara kedua belah pihak itu bermakna untuk mewujudkan situasi yang agak stabil supaya politik negara tidak akan berhadapan dengan isu lain seperti berhadapan dengan masalah covid dan sebagainya yang telah dipersetujui.

Beliau berkata, parti dalam PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS) termasuk rakan di Sarawak mempunyai bilangan yang lebih besar iaitu 72 Ahli Parlimen manakala UMNO hanya mempunyai 42.

“Soal nak adakan PRU itu, walaupun prerogatifnya Perdana Menteri yang boleh membuat keputusan itu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi mereka perlu sedar kedudukan Perdana Menteri itu pun kerana atas dasar persefahaman antara parti-parti dalam PN dan BN.

“Persetujuan itu adalah atas dasar beberapa perkara yang kita sepakati antara PN dan Ismail Sabri, satu daripadanya ialah apabila Perdana Menteri ingin membuat keputusan nak bubarkan Parlimen atau mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong untuk bubarkan Parlimen, maka beliau hendaklah berunding dan berbincang dahulu dengan permimpin tertinggi dalam PN.

“Jadi, itu adalah perkara yang kita persetujui, apapun dari sudut kita ialah berharap apa yang penting ialah bagaimana dalam situasi yang masih belum selesai, proses pemulihan ekonomi yang baru bermula dan masalah Covid masih meningkat, langkah-langkah sebegini (bubar Parlimen) perlu diambil kita,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama di Taman Scientex Utama, Senai, di sini hari ini.

Bahang PRU semakin panas setelah BN mengungguli PRN Johor semalam selepas meraih 40 kerusi manakala PN mendapat tiga kerusi, DAP memenangi sembilan kerusi dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR masing-masing peroleh satu kerusi.

Malam tadi, laungan ‘bubar parlimen’ oleh penyokong BN memecah keheningan malam selepas Perdana Menteri keluar dari bangunan UMNO Johor selepas parti tersebut dijangka menang dalam PRN Johor.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pihaknya mahu Ismail Sabri berbincang dengan pimpinan tertinggi parti PN terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan dibuat tentang perkara itu.

-Kosmo Online

Tags: Bubar ParlimenMuhyiddin YassinParlimenpmSewenang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersatu Akan Terus Sokong Kepimpinan Muhyiddin

Next Post

Pahang Mula Inisiatif Kuantan Bandar Rendah Karbon

Related Posts

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

‘DNAA Kes SRC Najib Urusan Hakim, Saya Tak Masuk Campur’ – PM Anwar

20/06/2025
0

PUCHONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mencampuri sebarang urusan perundangan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Next Post

Pahang Mula Inisiatif Kuantan Bandar Rendah Karbon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd