• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Yang Tiada Nilai Kemaluan

oleh Mohd Arshad
02/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin gara-gara terlalu terdesak untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding menggunakan bendera sendiri sudah tiada nilai kemaluan.

PKR jangan marah kerana perkataaan kemaluan digunakan dalam artikel ini. Perkataan itu terlebih dahulu digunakan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

PKR seolah-olah sudah tiada kemaluan apabila tanpa segan silu mengulangi janji palsu Pakatan Harapan (PH) mahu menyediakan banyak pekerjaan buat rakyat Johor supaya tidak perlu bekerja di Singapura.

Rakyat Johor masih ingat itulah janji PH yang turut dianggotai PKR semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan apakah janji-janji itu telah terlaksana? Hakikatnya masih ramai rakyat Johor masih bekerja di Singapura.

Realitinya kerajaan PH gagal menyediakan peluang pekerjaaan yang baik untuk rakyat Johor untuk membolehkan mereka meninggalkan pekerjaan di negara tersebut.

Sebenarnya tiada isu konon rakyat Johor bekerja di Singapura kerana tiada peluang pekerjaan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Majoriti rakyat Johor memilih bekerja di Singapura adalah kerana nilai mata wang negara itu lebih tinggi berbanding Malaysia dan itu adalah realiti ekonomi.

Seorang tukang masak boleh mendapat peluang pekerjaan di Johor ketika itu, tetapi jika bekerja di Singapura nilai gaji diperoleh lebih tinggi apabila ditukar kepada mata wang Malaysia.

Maka isu berhubung rakyat Johor bekerja di Singapura kerana tiada peluang pekerjaan semata-mata permainan persepsi PH pada PRU-14 yang sukses memperdaya pengundi.

Kini menjelang PRN Johor mereka cuba mengulanginya walaupun majoriti rakyat negeri itu telah tahu bahawa kerajaan PH tidak menyediakan pun pekerjaan yang menawarkan nilai gaji setanding bekerja di Singapura.

Justeru, kata-kata pemimpin PKR seperti Nik Nazmi dan Syed Ibrahim konon PKR akan menyediakan peluang pekerjaan supaya rakyat Johor tidak perlu bekerja di Singapura jika PKR menang PRN Johor sangat diragui.

Mynewshub-

Tags: PHPKRPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd