• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Bazar Ramadan Kelantan Naikkan Harga, Kecilkan Saiz

oleh Mohd Arshad
30/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Naikkan harga atau kecilkan saiz juadah menjadi antara strategi kebanyakan peniaga bazar Ramadan di nege­ri ini bagi menyerap pe­ningkatan kos bahan asas se­perti tepung, telur dan daging.

Rata-rata peniaga memberi­tahu Utusan Malaysia, mereka seboleh-bolehnya enggan menaikkan harga jualan kerana bimbang tidak laku atau hilang pelanggan tetap.
Peniaga, Nik Hafiz Nik Harun, 35, berkata, dia memilih untuk mengecilkan saiz hidangan aneka jenis sup dan nasi yang akan dijual di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

“Sebenarnya sejak Covid-19 melanda negara dua tahun lalu, saya sudah dua kali menaikkan harga sehingga pelanggan tetap saya merungut. Jadi kali ini, saya elak naikkan harga tetapi cuba kecilkan saiz hidangan.

“Buat masa ini hidangan nasi sup daging di gerai saya kekal RM8 sebungkus, manakala nasi sup perut RM10 sebungkus, namun isi lauk di dalamnya terpaksa dikurangkan untuk elak kerugian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nor Nadia Mohamad, 30, yang berniaga kuih tradisi Ke­lantan nekbat dan akok di Melor, di sini pula berkata, dia run­sing memikirkan kos telur dan tepung yang naik, selain berdepan kesukaran mendapatkan bekalan.

“Sebelum ini kuih nekbat saya jual dengan harga RM2 se­tiap empat biji, sekarang jadi RM2 setiap tiga biji. Kuih akok pula tahun lalu saya jual RM3 bagi setiap lima biji, tahun ini saya tetapkan harga RM4 bagi setiap enam biji, “ujarnya.

-Utusan Online

Tags: bazar ramadanPeniaga Bazar Ramadan Kelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prasarana Siasat Video Kakitangan Pukul Orang Awam

Next Post

Penjual Kuih Didakwa Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun

Related Posts

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

16/02/2025
0

PUTATAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan melakukan pemantauan di Bazar Ramadan seluruh negara, tahun...

Next Post

Penjual Kuih Didakwa Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd