• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Penguat Kuasa KPDNHEP Mengaku Diberi Suapan

oleh AK-47
29/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengaku bersalah diberikan wang suapan RM700 pada 10 Mei 2021 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhamad Basri Bonari, 43, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 4.55 petang di stor syarikat di Muar.

Dia yang bertugas di Pejabat KPDNHEP cawangan Muar didakwa diberikan wang suapan berjumlah RM700 bagi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas syarikat itu yang menjalankan perniagaan barang kawalan bekalan.

Dia didakwa gagal melaporkan pemberian penyogokan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dengan it dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang mengangguk memahami pertuduhan turut mengaku bersalah terhadap pendakwaan berkenaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Ihsan Jaludin manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Tan Song Yan.

Terdahulu Tan memohon mahkamah supaya hanya mengenakan hukuman denda kepada tertuduh dan tidak dijatuhi hukuman mahkamah kerana ia boleh menjejaskan masa depannya.

Tan menyatakan tertuduh menyara isteri yang bekerja sebagai pembantu am, tiga cahaya mata berusia antara enam hingga 17 tahun selain ibu mentuanya.

Tan menyatakan tertuduh juga memberi kerjasama sepanjang siasatan dan pengakuannya menjimatkan masa pendakwaan serta mahkamah.

Tan menyatakan anak guamnya menginsafi perbuatan berkenaan yang dilakukan pertama kali dan dia juga tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Ikhwan Ihsan pula mencadangkan mahkamah menetapkan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana perbuatannya menjejaskan reputasi agensi berkenaan dan demi kepentingan awam serta memupuk kesedaran ramai bagi menghindari rasuah.

Manakala Ahmad Kamal Arifin menetapkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Ahmad Kamal Arifin menyatakan mahkamah memberi peluang kepada tertuduh dengan tidak dipenjarakan kali ini sebaliknya hanya menjatuhi denda.

-Harian Metro

Tags: KPDNHEPPembantu Penguat Kuasa KPDNHEPSuapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai 2 Mei

Next Post

7,800 Pencarum Perkeso Berjaya Pulih

Related Posts

SPRM Tahan Dua Penjawat Awam Minta Suapan RM130,000

SPRM Tahan Dua Penjawat Awam Minta Suapan RM130,000

15/11/2024
0

KOTA KINABALU - Dua penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini, pada Khamis selepas disyaki meminta...

Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 – KP Selangor

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, dipercayai menerima suapan sejak 2021 lagi. IKUTI...

Next Post

7,800 Pencarum Perkeso Berjaya Pulih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd