• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Dua Penjawat Awam Minta Suapan RM130,000

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Terkini
0
SPRM Tahan Dua Penjawat Awam Minta Suapan RM130,000
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini, pada Khamis selepas disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM130,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dua suspek lelaki masing-masing berusia 50-an ditahan antara jam 7 hingga 10 malam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek meminta dan menerima sogokan itu daripada beberapa kontraktor sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas sekolah-sekolah di sebuah daerah di negeri ini.

Siasatan awal dipercayai kedua-dua suspek melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dengan meminta rasuah sebanyak 30 peratus daripada nilai projek iaitu kira-kira RM130,000 daripada beberapa kontraktor.

Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor tersebut secara tunai dengan beberapa kali bayaran.

Menurut sumber lagi, SPRM turut merampas kira-kira RM90,000 wang tunai dan menyita dua kenderaan mewah yang dibeli hasil daripada wang rasuah tersebut.

Susulan penahanan itu, salah seorang suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan perintah reman selama selama enam hari bermula Jumaat sehingga 21 November ini dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Gahzali.

Sementara itu, seorang lagi suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai memberikan keterangan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

Karunanithy dalam pada itu turut menyeru kepada mana-mana kontraktor yang pernah memberi wang rasuah kepada mana-mana penjawat awam berkaitan apa juga projek untuk tampil memberikan maklumat kepada SPRM.

SinarHarian-

Tags: Penjawat AwamSPRMSuapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd