• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Patkor Malindo Perkukuh Keselamatan Maritim Selat Melaka

oleh Mohd Arshad
22/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus menyemarakkan ikatan kerjasama pertahanan maritim bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) menerusi pelaksanaan Operasi Patrol Koordinasi Malaysia-Indonesia (Op Patkor Malindo) di perairan Selat Melaka mulai 17 hingga 31 Mac ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM di sini, dalam kenyataannya menjelaskan, operasi gabungan siri 155/22 itu melibatkan aset TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Teguh Samudera dan KD Jerai manakala TNI-AL menugaskan Kapal Republik Indonesia (KRI) Lepu dan KRI Silea.

“Penugasan rondaan di laut bagi aset yang terlibat dilaksanakan mulai 19 hingga 29 Mac ini dalam memupuk kesepaduan dan kesefahaman bersama mengenai kepentingan pemeliharaan tahap keselamatan perairan Selat Melaka di samping mengukuhkan keyakinan komuniti maritim,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ia merupakan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam menggariskan matlamat memperkasa rondaan penguatkuasaan perundangan maritim di perairan kedua-dua negara sebagai usaha menentukan kedaulatan perairan Selat Melaka kekal selamat dan terpelihara.

Selain itu, operasi tersebut juga merupakan rondaan koordinasi bersama kedua-dua negara yang telah terlaksana sejak termeterainya Garis Panduan Kerjasama Dalam Mengekang Insiden di Laut Malaysia-Indonesia (Malindo Incsea) pada 18 Jan 2001.

Menurut kenyataan itu, kerjasama erat antara kedua-dua negara akan terus disuburkan dalam memastikan perairan Selat Melaka sentiasa bebas daripada sebarang ancaman aktiviti rentas sempadan, pemerdagangan manusia, penyeludupan, pelanunan mahupun rompakan di laut yang bertentangan dengan undang-undang kedua-dua negara.

“TLDM akan sentiasa memanfaatkan peluang untuk beroperasi bersama angkatan laut sahabat dalam memacu ketersediaan warga untuk melindungi keselamatan maritim negara pada sebarang masa,” jelas kenyataan itu.

UtusanOnline-

Tags: Maritim Selat MelakaOp Patkor MalindoTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd