• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Mahu Tangani Isu Ponteng

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar ibu bapa, imam, jawatankuasa masjid dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah berganding bahu membendung isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

Menurut baginda pihak-pihak berkenaan wajar memainkan peranan dengan serius bagi menghapuskan isu ponteng sekolah ke arah melahirkan generasi baharu yang kuat jati diri dan berupaya menghadapi persaingan dalam dunia tanpa sempadan.

“Beta mahu semua pihak mengambil langkah dan tindakan proaktif malah hendaklah bertindak dengan terancang supaya matlamat kita tercapai.

“Kawasan-kawasan ‘hitam’ yang sering menjadi lokasi ponteng pelajar hendaklah dipantau habis-habisan secara bersepadu,” baginda bertitah merasmikan majlis penutup ‘Bengkel Insan Cemerlang, Rakyat Terbilang 2017’ di Masjid Al Ghufran, Jalan Kaki Bukit, malam tadi.

Keberangkatan baginda pada majlis itu disambut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Izmi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah isu ponteng dan hilang tumpuan kepada pelajaran akan menjadi ‘barah’ merosakkan generasi muda negara.

“Beta kerap terjumpa golongan yang tercicir ini semasa berangkat menyantuni asnaf di seluruh negeri ini (Perlis) untuk menyampaikan sumbangan MAIPs,” titah baginda. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

Tunku Mahkota Ismail, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Hadir Majlis Perkahwinan Arif Aiman

26/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan isteri, Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke majlis...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd