• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Pembinaan Masjid Di Sabah Yang Mengharukan

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah perihal sebuah masjid yang terletak di negeri bawah bayu ini pasti menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tak hairanlah, ia menjadi viral di media sosial.

Rumah Allah yang dinamakan Masjid Syahadah memberi seribu kenangan buat penduduk Kampung Padang, Sabah kerana dibina hasil titik peluh dan kerjasama penduduk setempat.

Mereka sendirilah yang mencari dan memotong kayu di hutan belantara, seterusnya bertukang bagi menyiapkannya.

Lebih mengharukan, pembinaan masjid ini turut dibantu penduduk setempat yang bukan Islam.

Kerja-kerja pembinaan pula bukan sahaja melibatkan orang dewasa, tetapi turut dibantu kanak-kanak dan remaja tanpa mengira agama dan kaum.

Detik-detik indah ini dirakamkan dalam video di bawah:

Mengharukan bukan?

Masjid ini membuktikan perpaduan masyarakat sangat utuh hinggakan masjid tersebut mampu dibina atas usaha dan keringat penduduk setempat tanpa mengira fahaman agama.

Seiring dengan nama masjid ini, ia turut jadi saksi sejarah pengislaman 401 penduduk sana yang mendapat hidayah untuk mengucap kalimah syahadah.

Usaha pembinaan bermula pada September 2012 hingga akhirnya, Masjid Syahadah berjaya disiapkan sepenuhnya Mei tahun lalu.

Bagi yang berminat untuk menderma bagi pembinaan masjid di Sabah menerusi Misi Syahadah, bolehlah mewakafkan sumbangan menerusi akaun Maybank – 564427506145  (Pusat Pembangunan As Sabah) atau hubungi Ustaz Fadli menerusi emel [email protected].

Dari Uthman bin ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu, berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membangun satu masjid untuk Allah dari harta yang halal maka Allah akan membangunkan untuknya satu rumah di surga.” 

Moga setiap sumbangan dikurniakan keberkatan Ilahi.- MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Tags: DERMAmasjid
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd