• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minyak Mentah Cecah Paras Tertinggi, Brent Melonjak 3.62 Peratus

oleh AK-47
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Penanda aras minyak mentah melonjak awal hari ini berikutan masalah bekalan, potensi gangguan perdagangan dan isu perkapalan akibat daripada sekatan baharu yang dikenakan ke atas Rusia selepas negara itu menyerang Ukraine lebih seminggu lalu.

Setakat jam 2.07 petang, niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti, melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada AS$117 setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 3.44 peratus kepada AS$114.40 setong.
Terdahulu, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat setinggi AS$118.22 setong, tertinggi sejak Februari 2013.

Pasaran bertindak balas terhadap pusingan terbaru sekatan Amerika Syarikat ke atas sektor penapisan Rusia, membawa kepada kebimbangan bahawa sekatan eksport boleh beralih kepada sektor minyak dan gas Rusia.

Susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, harga minyak mentah Brent telah melambung melebihi AS$100 setong berikutan kebimbangan gangguan bekalan. Rusia menyumbang kira-kira 10 peratus daripada bekalan minyak global.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh CNBC, Rusia ialah pengeluar minyak ketiga dunia, dan pengeksport minyak terbesar ke pasaran global.

Semalam, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, termasuk Rusia, mengambil keputusan mengekalkan pertambahan dalam pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Mac.

Bernama-

Tags: bekalan minyakminyak mentahRusiaUkraine
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Bekal Sehingga 150 Juta Tong Minyak Kepada Indonesia

Russia Bekal Sehingga 150 Juta Tong Minyak Kepada Indonesia

28/04/2026
0

JAKARTA/MOSCOW – Vladimir Putin dilaporkan bersetuju membekalkan sehingga 150 juta tong minyak mentah kepada Indonesia susulan pertemuan dua hala bersama...

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd