• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat

oleh Mohd Arshad
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Sarawak sehingga jam 5 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 2 petang hari ini.

Kawasan terbabit ialah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Negeri Sembilan dan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Selain itu, ribut petir dan hujan juga diramal berlaku di Kulim dan Bandar Baharu dekat Kedah.

“Beberapa daerah di Sarawak yang terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” katanya.

Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), satu sistem cuaca tekanan rendah terbentuk di tenggara Filipina dan dijangka bergerak ke barat menghampiri Sabah.

Katanya, keadaan itu menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi membawa hujan berterusan di Sabah dalam tempoh hari ini hingga esok.

“Pada masa yang sama hujan dan ribut petir pula dijangka berlaku di barat Semenanjung, utara dan pedalaman Sarawak pada sebelah petang hingga awal malam.

“MET Malaysia sudah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sabah berkuat kuasa hari ini dan esok sementara Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama dan Kedua) untuk kawasan perkapalan di Laut China Selatan berkuat kuasa hari ini hingga 11 Mac.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

-Harian Metro

Tags: amaran cuaca burukMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd