• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menunggang Motosikal Secara Bahaya, 14 Lelaki Ditahan

oleh AK-47
19/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis menahan 14 lelaki selepas mereka dikesan menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba dalam serbuan berasingan malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pada jam 12.10 tengah malam ketika pasukan tangkapan membuat pemantauan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), pihaknya melihat sekumpulan lelaki menunggang sambil melakukan aksi meniarap di atas motosikal, bersaing sesama sendiri, menundukkan badan dan zig-zag bermula dari Kilometer (KM) 262 sehingga KM267 arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, polis kemudian menahan empat lelaki di perkarangan stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

“Polis kemudian menahan tiga lagi lelaki di hadapan sebuah rumah di Batu 13, Kampung Simpang Balak, Kajang jam 12.45 tengah malam selepas mereka turut melakukan aksi sama di KM16 hingga KM14 di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah Kajang.

“Tujuh lagi lelaki ditahan jam 1 pagi di perkarangan stesen minyak selepas melakukan aksi sama dari KM276 hingga KM282 Lebuhraya Plus,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, mereka yang ditahan itu terdiri 13 lelaki dan seorang lelaki berketurunan Indonesia berusia 19 hingga 23 tahun.

“Sebanyak 41 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Harian Metro

Tags: bahayaditahanmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd