Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

PBB Rayu Lebih Banyak...

ISTANBUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu lebih banyak bantuan untuk Turkiye dan Syria...

Pemimpin Liberal Akan Memerintah...

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik berfahaman liberal, sosialis dan komunis yang kononnya berjuang...

Perjuangan PAS Masih Islam...

SELEPAS tamat Muktamar Tahunan PAS ke-61 dengan keputusan lebih memihak kepada golongan ulamak...

MH370: Kapal Keempat Akan...

SYDNEY - Kapal keempat yang dilengkapi peralatan canggih dasar laut dijangka menyertai misi...

Malaysia Undi Setuju Atas Prinsip Piagam PBB

PUTRAJAYA : Malaysia menyertai 140 negara lain mengundi bersetuju menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengecam keras Rusia yang menceroboh Ukraine.

Resolusi ‘Tindakan Keganasan ke atas Ukraine’ itu diterima pakai pada pengundian Sesi Khas Ke-11 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat lewat semalam.

Hanya lima negara membantah termasuk Rusia sendiri selain sekutunya, Belarus, Eritrea, Korea Utara dan Syria manakala baki 35 negara lagi mengambil keputusan untuk berkecuali.

Antaranya ialah Afrika Selatan, Algeria, Angola, Bangladesh, Bolivia, Cuba, India, Iran, Kazakhstan, Laos, Mali, Mongolia, Pakistan, Sri Lanka, Sudan, Tanzania, Vietnam dan Zimbabwe.

“Walaupun tidak bersetuju sepenuhnya isi resolusi itu, Malaysia sokong atas pendirian prinsip hormat kedaulatan, kemerdekaan dan integriti,” kata kenyataan Wisma Putra, di sini hari ini.

Kejayaan persetujuan dua pertiga negara anggota PBB itu dimaklumkan Presiden UNGA, Abdulla Shahid sebelum meraih tepukan gemuruh selain delegasi berdiri sebagai tanda gembira.

Resolusi itu mula dibahaskan pada sesi kecemasan tersebut mulai Isnin lalu dan Wakil Tetap Malaysia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid turut berucap menyatakan pendirian kelmarin.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, sokongan berkenaan juga selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Piagam PBB agar kedaulatan negara itu tidak dicabuli mana-mana negara.


“Malaysia berpandangan, negara yang terlibat perlu cari jalan penyelesaian melalui dialog dan rundingan damai meskipun sedar situasi konflik Ukraine-Rusia adalah kompleks,” katanya.

Ia berikutan keadaan geopolitik dan perbezaan dalam pelbagai aspek yang terus menjadi kebimbangan bagi kedua-dua negara berjiran di benua Eropah tersebut sejak sekian lama.

Pada masa sama, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB agar terus mencari solusi penyelesaian dan melaksanakan peranan utamanya dalam memastikan keamanan sejagat.

Justeru, Malaysia sebagaimana ditegaskan Syed Mohamad Hasrin, menyambut baik proses rundingan antara Ukraine dan Rusia di Belarus serta berharap supaya kemelut itu berakhir.

Sebagai antara 193 negara anggota PBB sejak 1957, Malaysia ujar Wisma Putra, akan terus mengulangi komitmen berterusan negara terhadap aspek penyelesaian secara jalan damai.

“Sehubungan itu, Malaysia akan terus menyokong usaha peringkat antarabangsa untuk penyelesaian konflik demi keselamatan dan kemakmuran antarabangsa,” kata kenyataan itu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori