• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Jepun Ganda Usaha Tangani Isu Rantaian Bekalan Global

oleh Mohd Arshad
13/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Jepun telah mengesahkan komitmen untuk menggandakan usaha bagi menghadapi cabaran era baharu khususnya isu berkaitan gangguan rantaian bekalan global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa melakukan kunjungan hormat ke atas bekas Perdana Menteri Jepun dan utusan khas Perdana Menteri Jepun ke Malaysia Shinzo Abe pada Isnin turut mengambil peluang membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu, isu itu termasuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan penganjuran Ekspo Osaka 2025 oleh Jepun.

“Mereka mengakui bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara telah mengembangkan ruang lingkup kerjasama termasuk dalam langkah-langkah memerangi Covid-19, pembangunan bandar pintar, infrastruktur komunikasi serta peralihan tenaga untuk mencapai karbon sifar bersih.

“Kedua-dua pihak bersetuju mengenai pentingnya bekerjasama untuk menangani cabaran era baharu, terutamanya dalam menghadapi isu-isu yang berlarutan berkaitan gangguan rantaian bekalan global,” kata kementerian itu.

Mengenai RCEP, Shinzo berkata, beliau menantikan perjanjian itu dikuatkuasakan Malaysia pada 18 Mac sambil melahirkan harapan agar Malaysia turut segera meratifikasi CPTPP.

MITI berkata, Azmin mengambil peluang untuk memaklumkan kepada Shinzo bahawa Malaysia baharu sahaja menyelesaikan analisis kos-faedah untuk CPTPP dan kini sedang menjalankan proses domestik, termasuk pindaan perundangan yang diperlukan.

Sambil memuji Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang telah memasuki tahun ke-40, Shinzo menekankan keberkesanannya dalam menyediakan Malaysia dengan asas yang kukuh dalam mempromosikan kerjasama perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia serta hubungan sesama rakyat dengan Jepun.

Tahun lepas, Jepun disenaraikan sebagai rakan dagangan global keempat terbesar Malaysia dan kedua terbesar selepas China untuk rantau Asia Timur, manakala Malaysia ialah rakan dagangan ke-10 terbesar Jepun.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM148.98 bilion, dengan eksport Malaysia ke Jepun berjumlah RM75.27 bilion dan import dari Jepun bernilai RM73.71 bilion.

Sehingga 2021, sejumlah 2,709 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun telah direalisasikan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM90.9 bilion, menghasilkan 337,280 pekerjaan.

Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah dalam produk elektronik dan elektrik, kimia dan produk kimia, produk mineral bukan logam dan peralatan pengangkutan.

-Sinar Harian

Tags: Ganda UsahajepunMalaysiaMalaysia-JepunRantaian Bekalan GlobalTangani Isu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

26,250 Kes Baharu Dengan 77 Kematian Dilaporkan

Next Post

Calon MUDA Belum Mampu Raih Mandat Pengundi Johor

Related Posts

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

15/06/2025
0

LUMUT - Malaysia mempertahankan kedaulatan dan hak Iran untuk bertindak balas terhadap serangan dilakukan rejim Israel yang disifatkan sebagai biadab...

Malaysia Tak Hirau Gesaan Trump Untuk Tidak Hadir Sidang PBB

Malaysia Tak Hirau Gesaan Trump Untuk Tidak Hadir Sidang PBB

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menghiraukan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang melobi negara asing supaya tidak menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Next Post

Calon MUDA Belum Mampu Raih Mandat Pengundi Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd