• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki OKU Dikhuatiri Lemas

oleh AK-47
02/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pasir Mas : Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dilaporkan dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Tok Derpah, Alor Pasir, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pada kejadian 9 pagi itu, mangsa, Muhamad Faizal Abd Rahman, 20, mengikut ibunya, Che Fatimah Che Kob, 60, membersihkan kedai makan yang dilanda banjir

“Mangsa tiba-tiba dipercayai hilang dan menurut anak saudara mangsa, Nor Ariana Natasha, 12, bapa saudaranya itu dilihat bermain di kawasan masjid berdekatan yang juga menjadi lokasi banjir.

“Keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa di seluruh kawasan namun gagal menemuinya, sebelum datang membuat laporan polis berkenaan kejadian terbabit,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan sebanyak empat individu menjadi mangsa banjir di Kelantan sepanjang bah melanda sejak Jumaat lalu.

Mohd Nasaruddin berkata, pihaknya turut memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas berkaitan kejadian itu untuk misi mencari dan menyelamat.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan banjir yang melanda selain mengelak daripada bermain air terutama di kawasan arus deras bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Golongan kanak-kanak juga perlu diberi perhatian kerana kita tidak mahu ada lagi pertambahan kes mangsa banjir di Kelantan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BanjirLelaki OKUlemasmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd