• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cuba Seludup 4,000 Liter Diesel Ditahan

oleh Mohd Arshad
24/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang pemandu lori tangki disyaki membawa muatan kira-kira 4,000 liter diesel tanpa permit di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, semalam.

Lelaki berusia 21 tahun ditahan anggota PPM Kota Kinabalu ketika sedang mengisi tangki minyak berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata, bertindak atas maklumat berkenaan penyelewengan diesel, pihaknya mengekori sebuah lori tangki di kawasan stesen minyak di Kampung Air.

Ketika sedang mengisi diesel ke dalam tangki lori, beliau berkata, anggota PPM bertindak menahan lelaki terbabit.

“Pemeriksaan mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran membawa barang kawalan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Lori tangki berkenaan juga diisi kira-kira 4,000 liter diesel,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, pada hari sama jam 7.30 malam, Roslan berkata, anggota PPM menahan sebuah bot pam di perairan Pulau Gaya dan menemui beberapa peralatan disyaki digunakan untuk mengebom ikan.

Katanya, pemilik bot terbabit melarikan diri ke hutan di Pulau Gaya.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM170,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat maritim dan pesisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada PPM melalui aplikasi WhatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

-Berita Harian

Tags: Dieselditahanseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Mentah Brent USD82 Setong, Tapi Harga Diesel Tak Turun – Fadhli Shaari

Dulu Pun Harga Minyak Mentah Brent USD82 Setong, Tapi Harga Diesel Tak Turun – Fadhli Shaari

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi membuktikan bahawa penetapan harga diesel pada kadar yang lebih rendah...

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pemerhati ekonomi, Lim Sian See menerusi satu hantaran di media sosialnya mendakwa kuota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd