• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 4,300 Ditahan Dalam Protes Antiperang Di Russia

oleh Mohd Arshad
07/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW: Lebih 4,300 orang dilaporkan ditahan dalam tunjuk perasaan antiperang di seluruh Russia.

Perkara itu diumumkan oleh kumpulan hak asasi manusia dan pihak berkuasa Russia.

Agensi berita Ria melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Russia memaklumkan kira-kira 1,700 orang ditahan di Moscow.

Menurut kumpulan hak asasi OVD-Info, penahanan itu berlaku di 53 bandar di Russia.

Walaupun protes semakin terhad sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun masih terdapat banyak perhimpunan diadakan di seluruh Russia sejak insiden pencerobohan ke atas Ukraine.

Jelas OVD-Info, lebih 10,000 orang ditahan dalam tunjuk perasaan sepanjang 11 hari lalu.

“Kita sedang menyaksikan protes yang agak besar hari ini dan jarang melihat jumlah penahanan seperti itu di beberapa bandar Siberia,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, menggesa rakyat Russia melakukan protes membantah pencerobohan Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Navalny berkata, Russia tidak seharusnya menjadi ‘negara pengecut’.

Bagaimanapun, menurut kumpulan hak asasi manusia, beberapa undang-undang baharu yang dilaksanakan menyukarkan penduduk melakukan protes di Russia.

BHonline-

Tags: Protes AntiperangRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd