• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 34 Peratus Kanak-Kanak Di Malaysia Terima Vaksin Covid-19

oleh AK-47
20/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,239,194 individu atau 34.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Sabtu.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,842,480 individu atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,941,159 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,446,895 individu atau 65.7 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak dan seramai 22,941,756 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,217,449 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 40,418 dos vaksin telah diberikan pada Sabtu melibatkan 18,273 suntikan pertama, 1,709 suntikan lengkap dan 20,436 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,418,688 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 85 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan Johor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 18 kes diikuti 17 kes di Perak, Selangor (15), Kedah (10) dan Pulau Pinang (lima).

Pahang dan Melaka masing-masing empat kes, Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing tiga kes, dua kes masing-masing di Sabah dan Sarawak manakala satu kes di Terengganu dan Putrajaya.

-Sinar Harian

Tags: Covid-19PICKidsVaksin kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd