• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Mangsa Banjir Di Selangor Pindah Ke PPS

oleh Mohd Arshad
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Seramai 1,112 mangsa banjir melibatkan 263 keluarga dipindahkan ke sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri setakat pukul 8 pagi tadi.

Namun, jumlah tersebut belum mengambil kira mangsa yang dipindahkan ke PPS di Masjid Putra Heights yang masih dalam proses bancian.

Pusat Operasi Selangor Pintar (SSOC) dalam satu makluman menyatakan, terdapat 27 kawasan merangkumi lima daerah dilanda banjir selepas hujan lebat lebih sejam petang semalam.

Kawasan tersebut ialah di Taman Rahmat Jaya, Kampung Melayu Sri Kundang Batu Arang, sekitar kawasan Pusat Kusta, Kawasan Perindustrian SB Jaya dan Blok B, D, E, F Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak

Di Hulu Langat pula, kawasan terlibat seperti Kampung Rinching Hulu, Batu 20 – 23 Kampung Sungai Lui, Taman Lestari Seri Kembangan, Kampung Batu 17 Dusun Tua, Desa Mahkota Sungai Kembung Hilir, Kampung Orang Asli Paya Lebar, Kampung Sungai Kantan, Kampung Desa Mahkota Beranang, Kampung Bangi Lama dan Jalan Payar Lebar Batu 23 Sungai Lui.

Turut dilanda banjir beberapa kawasan di Petaling seperti di Jalan 2/1 dan 2/2 Bandar Baru Sungai Buloh, Taman Kinrara, Kinrara Court, Taman Buana, USJ 1 Subang Jaya dan Kampung Sri Puchong.

Sementara kawasan seperti Kampung Merbau Indah, Kampung Sri Sentosa dan Kampung Sri Aman, Kuala Selangor serta Taman Murni Jenderam Hilir, Jalan Tok Dagang Kampung Sungai Merab, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir dan Taman Delima di Sepang turut terkesan dengan hujan lebat berkenaan.

Susulan itu, sebanyak sembilan PPS dibuka iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Kampung Melayu Sri Kundang dengan sejumlah 224 mangsa dipindahkan dan Dewan Orang Ramai Sri Kundang di Gombak (300 mangsa).

Enam PPS dibuka di daerah Petaling iaitu di Dewan Kenanga Seksyen 28 (222), Dewan Camelia Putra Heights (138), Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah (164), Masjid Putra Heights (dalam bancian) dan Masjid Nurul Huda (26), sementara SK Putra Heights diletakkan dalam keadaan sedia untuk dijadikan PPS.

Selain itu, sebuah PPS dibuka di SK Sungai Serai, Hulu Langat yang menempatkan 48 mangsa.

“SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku dan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Banjirbantu mangsa banjirPPSselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd