• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Berbuka Puasa Di Kawasan Lapang Masih Kekal

oleh AK-47
21/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Berbuka puasa di kawasan lapang masih tidak dibenarkan walaupun kerajaan sudah memberi kelonggaran sektor ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki kawasan bazar Ramadan.

Beliau berkata, setakat ini prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri seperti ditetapkan kerajaan pada tahun lalu masih berkuat kuasa.

“Penganjur dan peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri diingatkan untuk terus kekal mematuhi SOP sedia ada sehinggalah kerajaan mengeluarkan peraturan baharu.

“Kerajaan negeri masih menunggu SOP baharu bazar Ramadan dan Aidilfitri susulan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik, berkuat kuasa 1 April ini,” katanya kepada media di lobi pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Sidang Dun Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, penganjur dan peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri diminta mengguna pakai SOP sedia ada dan kerajaan negeri akan segera mengumumkan selepas menerima peraturan baharu sebelum 1 April ini.

Menurutnya, sebanyak 63 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri membabitkan seramai 5,342 peniaga diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun ini.

-Harian Metro

Tags: Covid-19Kawasan LapangLarangan Berbuka PuasaMasih KekalSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pengurusan Mara untuk menyemak Prosedur Operasi Standard...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd