Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes tembak melibatkan seorang...

Tawaran Lumayan Untuk Jaga...

EMPAT sekeluarga dari Scotland menawarkan wang tunai sebanyak £50,000 (RM273,353) setahun bagi mencari...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP...

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang...

Dijel Sebulan, Denda RM70k...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara China, yang menyamar sebagai doktor gigi, hari...

KPM Cari Jalan Penyelesaian Isu Beg Sekolah Berat

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui isu bebanan beg sekolah yang berat masih belum dapat ditangani sepenuhnya dan sering menjadi keluhan masyarakat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, KPM bagaimanapun komited untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani isu beg berat murid yang telah berlarutan sekian lama.

“KPM telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, KPM telah mengambil pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan.

“Antaranya, mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada tahun 2018,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas-PN) mengenai usaha KPM bagi menangani isu bebanan beg sekolah yang berat yang ditanggung oleh pelajar-pelajar khususnya di sekolah rendah.

Hang Soon berkata, berdasarkan penelitian ke atas maklum balas yang diperoleh, isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

“Oleh yang demikian, KPM akan segera melaksanakan ketetapan seperti menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa, melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.


“Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat,” ujarnya.

Selain itu katanya, murid juga hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Penerbitan baharu buku teks dalam format digital dilaksanakan secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

“Guru juga digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza,” ujarnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori