• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Balai Polis Didakwa Terima Sogokan

oleh Mohd Arshad
17/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Ketua balai polis didakwa atas lima tuduhan termasuk meminta dan menerima rasuah dengan nilai keseluruhan RM21,800 dua tahun lalu di Mahkamah Khas Rasuah, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh, Abdul Halim Alias, 59, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan selepas dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Bagi pertuduhan pertama, dia sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota polis berpangkat Sub Inspektor di Balai Polis Tengkera didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan RM6,000 daripada pemilik restoran sebagai dorongan tidak mengambil tindakan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di restoran beralamat di Kota Shahbandar Melaka pada 4 Ogos 2020 kira-kira 10 malam.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Abdul Halim didakwa secara rasuah bersetuju menerima RM800 secara bayaran bulanan dan memperoleh bagi diri sendiri suapan RM6,000 daripada individu sama bagi dorongan sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di bilik pejabatnya di Balai Polis Tengkera pada 11 Ogos 2020, antara jam 5 petang hingga 5.15 petang.

Pertuduhan pertama hingga ketiga adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, Abdul Halim didakwa meminta bagi diri sendiri suapan berjumlah RM8,000 dan secara bulanan sebanyak RM1,000 daripada individu sama dan bagi dorongan sama.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di restoran berkenaan pada 4 Ogos 2020, kira-kira jam 10 malam.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwan Shah Abdul Samat mencadangkan ikat jamin RM5,000 memandangkan tertuduh berdepan lima pertuduhan keseluruhan berjumlah RM21,800 dan tidak dibantah peguam Azrul Zulkifli Stork.

Beliau turut mencadangkan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melaporkan diri ke pejabat SPRM Melaka setiap bulan.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan kes disebut semula pada 20 April depan.

-Harian Metro

Tags: DidakwaKetua Balai Plissogokan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas...

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

14/08/2025
0

GEORGETOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita yang ditahan pada 2 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes mencuri wang pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd