• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Positif Covid-19 Menurun Tetapi Kekal Melebihi 30,000 Kes

oleh Mohd Arshad
10/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 30,246 kes positif berbanding kelmarin, 31,490 kes sekali gus mengatasi 26,653 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 388 kes berbanding kelmarin, 373 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan kepada 225 kes berbanding kelmarin, 223 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan penurunan kepada lima kluster berbanding kelmarin, 11 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,865 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 424 kluster berbanding kelmarin, 445 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,441 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 223 kes daripada 30,246 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 30,023 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 223 kes kategori tiga, empat dan lima, 58 kes atau 26.01 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 107 kes atau 47.98 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 58 kes atau 26.01 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 120 kes atau 53.81 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 53 kes atau 23.77 peratus mempunyai komorbid dan satu kes atau 0.45 peratus adalah ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 113 kes berbanding semalam, 79 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 33,497 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 41 daripada 113 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,955 kes.

-Utusan Online

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Liu Ying-Yew Sin Masih Belum Serasi

Next Post

Subsidi Petroleum Bagi Tahun Ini Cecah RM28 Bilion

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Subsidi Petroleum Bagi Tahun Ini Cecah RM28 Bilion

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd