• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Putuskan Tiada Keperluan Ganti Azam

oleh AK-47
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN | Kerajaan berpendapat tidak ada keperluan untuk menggantikan Azam Baki selepas pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu “dibersihkan”oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan SC itu dibuat hasil siasatan yang dijalankian badan berkenaan dan haruslah diterima semua pihak.

“Isu saham yang dipertikaikan oleh banyak pihak daripada parti pembangkang sebenarnya telah pun selesai. Selain daripada itu, isu ini juga telah diputuskan dan tiada kes oleh inkuiri pihak SC.

“Oleh yang demikian, semua pihak perlu menerima keputusan SC yang menjelaskan tidak ada kes terhadap ketua pesuruhjaya SPRM berhubung akaun dagangan miliknya.

“Justeru, keputusan SC berdasarkan hasil siasatannya perlu menjadi panduan dan tiada keperluan terhadap tindakan menggantikan ketua pesuruhjaya SPRM buat masa ini,” katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Ahli parlimen Santubong itu berkata demikian sebagai menjawab soalah Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanya sama ada kerajaan ada perancangan untuk menggantikan Azam selaku ketua pesuruhjaya SPRM.

Kata Ahmad Jazlan, kedudukan Azam merupakan jawatan utama yang tidak sepatutnya terpalit dengan sebarang jenis isu salah laku.

Sedang berada di mahkamah

Kata Wan Junaidi, SC “tidak dapat memastikan secara muktamad jika terdapat pelanggaran” di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Sicda).

“Oleh yg demikian tiada keperluan lagi isu pemilikan saham oleh ketua pesuruhjaya SPRM ini dipertikaikan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia juga mendapati tiada isu yang perlu disiasat kerana ia bidang kuasa SC,” katanya lagi.

Tambah Wan Junaidi Azam juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dianggap memfitnahnya dan kes itu sedang dalam peringkat mahkamah.

“Sebarang ulasan kes ini juga akan menimbulkan sub judice,” katanya.

Azam dihujani kritikan berkenaan pemilikan 1,930,000 saham di Gets Global Bhd (sebelumnya KBES Bhd) pada 30 April 2015, bernilai kira-kira RM772,000 pada masa itu.

Pemilikan sahamnya di Gets Global Bhd berkurangan menjadi 1,029,500 setakat 31 Mac 2016, bernilai kira-kira RM340,000 pada masa itu.

Dia turut memiliki 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Bhd pada Mac 2016.

Pemilikan saham pada 2015 dan 2016 itu menimbulkan persoalan tentang sama ada ia berpadanan dengan gajinya sebagai penjawat awam dan kebimbangan berkenaan konflik kepentingan.

Azam mendakwa saham adiknya, Nasir, menggunakan akaunnya untuk membeli saham berkenaan, menyebabkan SC melakukan penyiasatan terhadap kemungkinan berlaku penyalahgunaan akaun dagangan.

-Malaysia Kini

Tags: Azam BakiParlimenTiada Keperluan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd