• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Selaras SOP Sempadan Malaysia-Singapura, Malaysia-Thailand

oleh Mohd Arshad
25/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Kerajaan berharap prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura dapat diguna pakai dalam proses sama bagi pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bermula 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan SOP yang bakal dilaksana di pintu sempadan Malaysia-Singapura, pekerja tidak lagi perlu dikuarantin dan menjalani ujian PCR atau RTK ketika pelepasan dan ketibaan.

“Ada berita gembira untuk penduduk utara di Perlis dan Kedah apabila mulai 1 April ini, Thailand bersetuju membuka pintu sempadan darat di Wang Kelian, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Semalam, saya um um pembukaan sepenuhnya pintu sempadan Malaysia-Singapura melalui udara, darat dan air dengan laluan pekerja yang berulang-alik secara harian juga dibuka serta dipermudahkan.

“Kita berharap SOP sempadan Malaysia-Singapura dapat dilaksana di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand yang akan dibuka,” katanya berucap pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Semalam, kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan darat Malaysia-Thailand berkuat kuasa 1 April ini dengan sebahagian besar SOP dilonggarkan.

Ia akan membolehkan pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Ismail Sabri berkata, pihaknya akan berbincang bersama kerajaan Thailand bagi membolehkan lebih banyak pintu sempadan darat lain di negara ini dalam tempoh masa terdekat.

“Saya sudah meminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berbincang dengan kerajaan Thailand untuk membuka pintu sempadan di Padang Besar, Perlis dan kawasan lain di utara.

“Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha pemulihan negara yang memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi membolehkan kerajaan negeri Perlis melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembinaan jeti baharu di Kuala Perlis.

“Selepas kajian ini selesai, kita akan melihat kemungkinan membina jeti baharu di Kuala Perlis,” katanya.

Ketika ini, Jeti Kuala Perlis yang menjadi antara laluan utama ke Langkawi berhadapan masalah perairan berselut yang menyebabkan jadual feri terpaksa kerap ditunda sehingga menyusahkan pengguna.

BHonline-

Tags: Ismail Sabri YaakobMalaysiaSingapuraSOPThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Australia Beri Dos Keempat Vaksin COVID-19

Next Post

Biden Melawat Bandar Berdekatan Sempadan Poland-Ukraine

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

Malaysia Kenakan Duti Anti-lambakan Import Keluli Sadur Timah Empat Negara

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan duti anti-lambakan ke atas pengimportan produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dari China, India,...

Next Post

Biden Melawat Bandar Berdekatan Sempadan Poland-Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd