• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Tidak Sengaja Lancar Peluru Berpandu Ke Pakistan

oleh AK-47
12/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India dilaporkan tanpa sengaja melancarkan sebuah peluru berpandu ke Pakistan pada Rabu lalu dengan New Delhi menyalahkan insiden tersebut kepada ‘kerosakan teknikal’ semasa operasi penyelenggaraan, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

India juga menyuarakan kekesalan berhubung kejadian itu dan lega kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Tentera Pakistan pula memaklumkan, peluru berpandu tersebut jatuh dekat bandar Mian Channu, timur Pakistan, manakala laluannya di udara telah membahayakan penerbangan komersial.

“Pada 9 Mac lalu, semasa penyelenggaraan rutin, kerosakan teknikal menyebabkan sebuah peluru berpandu dilancarkan secara tidak sengaja. Kerajaan India memandang serius dan mengarahkan siasatan rasmi dijalankan,’’ demikian menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India.

“Islamabad memberi amaran kepada New Delhi untuk lebih berhati-hati dan mengelak insiden serupa daripada berulang. Peluru berpandu itu dilancarkan dari bandar Sirsa dalam negeri Haryana,’’ tambah kenyataan sama.

Tentera udara Pakistan berkata, peluru berpandu itu bergerak pada kelajuan 3,704.4 kilometer sejam atau tiga kali ganda kelajuan bunyi. Ia bergerak pada ketinggian 12,000 meter sejauh 124 kilometer di ruang udara Pakistan sebelum jatuh.

“Laluan penerbangan objek itu membahayakan banyak pesawat komersial dari dalam dan luar negara, sama ada di ruang udara India mahupun Pakistan. Kesilapan ini melibatkan risiko nyawa manusia dan harta benda,’’ kata jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Babar Iftikharon pada Khamis lalu.

Kementerian luar Pakistan kelmarin berkata, pihaknya telah memanggil wakil kedutaan India untuk mengadu mengenai insiden berkenaan.

Pakistan juga menggesa India untuk berkongsi hasil siasatannya terhadap apa yang berlaku.

-Kosmo Online

Tags: IndiaLancar Peluru BerpanduPakistanTidak Sengaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd