• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Pias Mati Bukan Disebabkan Pencemaran

oleh AK-47
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH : Jabatan Perikanan Melaka mengesahkan punca beribu-ribu bangkai ikan pias terdampar di gigi pantai Sungai Tuang dan Telok Gong, dekat sini bukan kerana pencemaran laut.

Sebaliknya, ia dipercayai berpunca daripada tindakan nelayan membuang ikan berkenaan ke laut selepas pukat mereka terkena ikan itu dalam jumlah yang terlalu banyak, sedangkan ia tidak mempunyai nilai di pasaran.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Salehon, berkata analisis pegawai jabatan itu terhadap contoh bangkai ikan yang diambil dari pantai berkenaan kelmarin, mendapati tiada kesan minyak ditemukan.

“Semua bangkai ikan yang ditemukan di pantai itu dalam keadaan mulut terbuka dipercayai akibat tersangkut pada pukat nelayan.

“Oleh sebab ikan itu terlalu banyak sangkut pada pukat, nelayan terpaksa membuangnya ke laut sebelum dibawa ombak ke gigi pantai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ikan pias tidak mempunyai nilai di pasaran kerana mempunyai tulang yang banyak dan menyukarkan pengguna memakannya.

Selain itu, katanya rasanya yang tidak enak menyebabkan ia tidak menjadi ikan pilihan.

Katanya, ikan berkenaan dibuang ke laut dipercayai sekurang-kurangnya satu atau dua minggu lalu dan menyebabkan ia berbau busuk apabila terdampar di gigi pantai.

Sementara itu, tinjauan wartawan di lokasi kejadian hari ini mendapati jumlah bangkai ikan semakin berkurangan selepas dibawa ombak besar ke tengah laut.

Ombak besar yang berpunca daripada angin kencang dari arah barat menyebabkan bangkai ikan ditarik semula ke tengah laut atau tertanam dalam pasir.

Dalam kejadian petang kelmarin, beribu-ribu bangkai ikan pias ditemukan terdampar di gigi pantai, membabitkan kawasan sepanjang dua kilometer dari Sungai Tuang hingga Telok Gong.

Ia menyebabkan kawasan berkenaan dicemari bau busuk, sekali gus menyebabkan orang ramai tidak mandi-manda di pantai.

-Berita Harian

Tags: Ikan PiasMATIpencemaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buruh Warga Asing Didakwa Rogol Kanak-Kanak

Next Post

Guna MySejahtera Kesan Kontak Rapat Kes COVID-19

Related Posts

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

Disangka Babi, Lelaki Maut Terkena Tembakan Ketika Berburu

Disangka Babi, Lelaki Maut Terkena Tembakan Ketika Berburu

27/05/2025
0

SRI AMAN: Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan ketika memburu di kawasan hutan Sungai Dor di Melugu pada petang Ahad...

Next Post

Guna MySejahtera Kesan Kontak Rapat Kes COVID-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd