• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan, Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga Khamis

oleh AK-47
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dan ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak serta Sabah bermula hari ini hingga Khamis.

METMalaysia dalam kenyataan, hari ini turut memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah Pantai Barat dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan) serta Kudat, hari ini hingga esok.

Selain itu, ribut petir dijangka berlaku di satu dua kawasan negeri Perak dan hujan di sesetengah kawasan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada sebelah pagi.

Ribut petir juga dijangka berlaku hari ini, di sesetengah kawasan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor manakala hujan di kebanyakan kawasan pedalaman Perak dan Kelantan pada sebelah petang.

Menurut kenyataan itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri dan Limbang turut diramalkan ribut petir serta hujan di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu pada sebelah petang.

Pada sebelah malam pula, dijangka ribut petir di satu dua kawasan di Kedah dan pedalaman Pahang serta Pulau Pinang selain hujan di Terengganu, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor dan kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, esok pada sebelah pagi, hujan dijangka berlaku di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Selangor serta ribut petir yang membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, ribut petir turut dijangkakan berlaku di sesetengah kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pada sebelah petang serta hujan di Selangor dan Johor.

MetMalaysia turut memaklumkan, ribut petir akan berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang pada sebelah malam manakala hujan di satu dua kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Limbang.

Menurut kenyataan itu lagi, ribut petir dijangka berlaku Khamis ini pada sebelah pagi di sesetengah kawasan Perak dan satu dua kawasan pantai negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Hujan di sesetengah tempat di Selangor dan Melaka serta kawasan pantai di Negeri Sembilan dan Johor manakala mendung di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya pada sebelah pagi.

Pada waktu petang pula, dijangka ribut petir di sesetengah tempat di Pulau Pinang, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor dan di kawasan pedalaman negeri Kedah, Perak dan Kelantan.

Ribut petir juga dijangka di satu dua kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Miri serta Limbang dan hujan di sesetengah tempat Kapit pada waktu petang.

Selain itu, ribut petir dijangka di kawasan pedalaman Pahang serta hujan di kawasan pedalaman negeri Johor dan hujan di sesetengah tempat termasuk di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit pada sebelah malam.

-Berita Harian

Tags: Hujan BerterusanMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd