Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Gaun Pengantin Kate Middleton...

SEORANG pereka fesyen telah memfailkan saman terhadap sebuah butik British  kerana dipercayai telah...

Polis Akan Mohon Waran...

SHAH ALAM – Polis akan memohon waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian...

Kes COVID-19, India Sekali...

NEW DELHI - India mencatat satu lagi rekod global hari ini apabila mencatatkan...

Gaji Minimum: 191 Kertas...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 191 kertas siasatan telah dibuka berhubung kegagalan pelaksanaan gaji...

Gaji Minimum RM1,500 Tidak Akan Dilaksanakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik.

Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

“Kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.


“Namun, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum sekitar RM1,500.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori