Sample Page Title

PETALING JAYA : Giliran jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Flandy Limpele meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas kontraknya tamat, berkuat kuasa 1 April depan.

Biarpun segala usaha telah dilakukan BAM untuk menawarkan kontrak baharu kepada jurulatih berusia 48 tahun itu namun Flandy tetap dengan keputusan untuk ‘berpisah’ dengan badan induk itu.

“Setelah membuat pertimbangan yang penuh berhati-hati dan berbincang dengan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky, saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya berundur.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja bersama BAM sepanjang dua tahun yang bermakna ini,” kata Flandy.

Dalam pada itu, Rexy turut mengucapkan terima kasih kepada Flandy atas kerja keras dan sikap profesional yang telah dipamernya selama dua tahun di BAM.

“Flandy telah meletakkan asas pada beregu lelaki untuk kita bina dan kembangkan malah sumbangannya kepada kejayaan atlet badminton Malaysia juga banyak mencipta kenangan indah.


“Saya bangga dengan hasil kerja yang telah kami lakukan bersama, saya doakan yang terbaik untuknya.

“Masih terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan bagi meneruskan trajektori ke atas skuad beregu lelaki muda dan saya berjanji untuk memimpin jabatan ini ke tahap yang lebih baik dengan kerja keras,” katanya.

BAM dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada Flandy atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat malah mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...