• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Calon Warisan Bakal Hilang Wang Deposit

oleh Mohd Arshad
08/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Keyakinan Parti Warisan (Warisan) yang menjangka akan menang semua atau sebahagian enam kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan melihat sentimen sokongan masyarakat Cina menolak DAP amat meragukan.

Bukan sahaja gagal meraih undi Cina, Warisan dijangka akan membuat ‘sumbangan kepada Baitulmal’ sebanyak puluhan ribu ringgit menyaksikan kesemua calonnya hilang deposit selepas keputusan mengundi 12 Mac ini diumumkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Wong Chin Huat berkata, parti itu sepatutnya sedar yang parti itu masih baharu bertapak di Johor dan terpaksa bersaing dengan parti-parti politik lebih dominan di Semenanjung.

“Saya jangka Warisan akan membuat ‘sumbangan’ kepada Baitulmal sebanyak RM30,000 atau wang deposit untuk enam calonnya apabila keputusan dikemukakan pada hujung minggu ini.

“Parti dari Sabah ini tiada rekod atau visi jelas untuk Johor, pimpinan dan calonnya kebanyakannya orang lama daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN). Jadi, apakah kelebihannya selain daripada kedudukannya sebagai parti majmuk?” soalnya ketika dihubungi semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan, Pengerusi Warisan Johor, Suhaimi Salleh berkata, angin perubahan kaum Cina dijangka berlaku pada pilihan raya negeri berdasarkan kecenderungan mereka menyokong parti itu dan sentimen masyarakat Tionghua menolak DAP dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Warisan dikepalai Presiden Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bertanding enam kerusi di DUN Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Lee Kuok Tiung pula berkata, ada pun sokongan orang Cina pada Warisan hanyalah disebabkan sebahagian pemimpinnya di Semenanjung merupakan bekas ahli DAP berbangsa Cina.

Justeru, katanya, ia bukanlah faktor ‘semula jadi’ pengundi Cina beralih sokongan daripada Warisan sekali gus mendorong DAP menyelar tindakan parti itu bertanding di Johor.

“Begitu juga sewaktu ia ditubuhkan di Sabah pun, mereka ambil pendekatan sama misalnya memancing Naib Presiden Warisan, Datuk Darell Leking dahulu ahli PKR dan Datuk Junz Wong dari DAP. Saya ragu parti ini akan membuat kejutan, undi Cina akan terbahagi kepada DAP dan MCA sahaja manakala Gerakan tidak akan dapat undi Cina,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik University of Tasmania, Prof. James Chin berkata, di sebaliknya keyakinan Warisan menang kerusi DUN, hakikatnya, masih ramai keliru dan tidak mengenali parti berkenaan.

“Apa yang Warisan katakan itu benar, ‘mood’ komuniti Cina berubah kerana marah dengan PH-DAP, tetapi undi tidak akan pergi ke parti itu. Mereka baru sahaja mengibarkan bendera di Semenajung dan Johor, mereka akan pecahkan undi. Saya jangka, ada kemungkinan besar parti ini akan hilang semua wang deposit,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Calon WarisanWang Depositwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd