Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Mufti Perlis Gesa Harimau...

KANGAR - Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia digesa menarik diri daripada perlawanan...

Najib Jelaskan Gelarannya Orang...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama...

Samun Warga Emas: Lelaki...

TELUK INTAN - Akibat menyamun RM150 dengan mengacu pisau pada perut seorang warga...

Khemah Peniaga Lorong TAR...

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan dijalankan di Lorong Jalan Tuanku...

Dakwaan Hutang 1MDB Belum Dibayar Tidak Berasas: Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Dakwaan hutang prinsipal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih belum dibayar sehingga kini adalah tidak berasas memandangkan ia hanya akan matang antara tahun 2022 hingga 2039, jelas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 billion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.

“Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat,pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahukan penjelasan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan belum membayar hutang 1MDB.


Menurut Tengku Zafrul, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Enegry Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori