• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Mengundi, Wanita Positif COVID-19 Dikompaun

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dikompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

Wanita berusia lingkungan 30-an berkenaan adalah pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Tindakan diambil oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru selepas membuat pemeriksaan aplikasi MySejahtera merah wanita terbabit sejurus tiba di Dewan Kampung Melayu Majidee untuk mengundi.

Wanita itu memberi alasan tidak mengetahui individu menjalani kuarantin kerana positif COVID-19 dilarang keluar mengundi.

Beliau mendakwa mendapat makluman individu dalam kuarantin masih boleh mengundi.

Inspektor Kesihatan terbabit menjelaskan individu positif COVID-19 tidak boleh keluar mengundi dan wajib menjalani kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sebagai individu yang didapati positif COVID-19, awak tidak boleh keluar rumah langsung, apatah lagi keluar mengundi di pusat mengundi melainkan rumah dalam pusat mengundi.

“Kami menawarkan kompaun RM1,000 dan awak perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dalam tempoh 14 hari,” katanya yang mengarahkan wanita terbabit segera pulang ke rumah selepas kompaun dikeluarkan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr Aman Rabu, menjelaskan pihaknya komited menjalankan pemantauan SOP PRN Johor.

Katanya, kompaun ke atas wanita itu dikeluarkan pada jam 11.45 pagi di Dewan Kampung Melayu.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit positif COVID-19 Kategori Dua.

“Individu positif COVID-19 dilarang keluar dari tempat isolasi. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikompaun mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

BHonline-

Tags: Covid-19kompaunPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd