• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: 27,004 Kes Jangkitan Baharu

oleh AK-47
18/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kes harian Covid-19 di negara ini masih mencatatkan lima angka iaitu 27,004 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan ialah sebanyak 3,927,437 kes.

Beliau berkata, jumlah kes itu membabitkan 26,285 kes penularan tempatan dengan 719 kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

“Paling tinggi kategori yang dikesan semalam adalah kategori dua iaitu sebanyak15,642 kes atau 57.92 peratus, ia dikuti kategori satu (11,163), kategori tiga (63), kategori empat 72 kes dan 64 kes bagi kategori lima.

“Daripada jumlah keseluruhan 199 kes bagi kategori tiga hingga lima, sebanyak 51 kes (25.63 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 82 kes (41.21 peratus) menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 66 kes (33.17 peratus) sudah menerima dos penggalak (booster) dan 95 kes (47.74 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas manakala 105 kes lagi (52.76 peratus) mempunyai komorbid.

Menurutnya, sebanyak 373 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 152 kes disahkan Covid-19 serta 221 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi pesakit dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 225 kes iaitu 97 kes disahkan Covid-19 serta 128 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 29,450 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif adalah 3,596,453 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat sembilan kluster baru dikesan dan 340 masih aktif.

“Ia menjadikan jumlah kluster sebanyak 6,902 kluster dan 6,562 kluster sudah tamat,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, lapan negeri iaitu Perlis (73 peratus), Kuala Lumpur (70 peratus), Putrajaya (67 peratus), Kelantan (63 peratus), Johor (60 peratus), Selangor (56 peratus), Sarawak (52 peratus) dan Perak (51 peratus) menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus.

“Bagi katil bukan ICU, 13 negeri mencatatkan pengisian lebih 50 peratus didahului dengan Selangor (95 peratus),Kuala Lumpur (92 peratus), Putrajaya (83 peratus), Perlis (79 peratus), Perak (79 peratus), Terengganu (78 peratus), Sarawak (70 peratus), Melaka (68 peratus), Negeri Sembilan (62 peratus), Kelantan (60 peratus), Johor (55 peratus), Pahang (54 peratus) dan Pulau Pinang (52 peratus).

“Bagi pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 225 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 25 peratus,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Kini Ada 3,391,236 Ahli

Next Post

Rundingan Damai Rusia-Ukraine Hampir Selesai

Related Posts

Sampel Kumbahan Pesawat Bantu Kesan Kes Positif COVID-19

Sampel Kumbahan Pesawat Bantu Kesan Kes Positif COVID-19

02/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat boleh membantu mengesan kes COVID-19 sekiranya Malaysia tidak mahu melakukan ujian saringan...

Covid-19: 1,866 Kes Positif Baharu; 102 Kes ICU

Covid-19: 1,866 Kes Positif Baharu; 102 Kes ICU

04/12/2022
0

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,866 kes berbanding kelmarin, 2,421 kes sekali gus diatasi 2,814...

Next Post

Rundingan Damai Rusia-Ukraine Hampir Selesai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd