Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Tayar Lori Treler Tercabut...

TEMERLOH - Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terkena tayar treler yang tercabut...

Puak Pembangkang Cuba Elak...

KUALA LUMPUR - Oleh kerana Amanah tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan...

2 Wanita Jual Dadah...

GEORGE TOWN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan dua wanita. yang...

MB Perak Ditekan DAP...

KUALA LUMPUR - UMNO Perak mengingatkan kerajaan negeri itu supaya tidak mencabul Perlembagaan...

Covid-19: 17,828 Kes Baru Direkodkan Semalam, 21 BID

COVID-19 | Sebanyak 17,828 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 4,010,952.

Jumlah kes aktif pula pada ketika ini ialah sebanyak 263,822, menurun 13.9 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut adalah Jumlah kes baru berdasarkan pecahan negeri:

Selangor: 6,941
Kuala Lumpur: 1,433
Kedah: 1,402
Pulau Pinang: 1,310
Johor: 1,088
Perak: 1,015
Sarawak: 813
Pahang: 771
Terengganu: 738
Kelantan: 608
Negeri Sembilan: 595
Melaka: 422
Sabah: 416
Perlis: 104
Putrajaya: 100
Labuan: 72

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 63 lagi kematian dilaporkan, dengan 21 daripadanya ialah kes meninggal dunia semasa dibawa ke kemudahan kesihatan (BID).

Mengikut pecahan negeri, kematian akibat wabak itu yang direkodkan KKM ialah: Johor (14), Selangor (13), Perak (12), Kedah (4), Pulau Pinang (3), Sarawak (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Sabah (2), Terengganu (2), dan masing-masing seorang di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Labuan.


Sejak minggu lalu secara purata 80.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 71.8, dan ia menunjukkan pola yang meningkat.

Sebanyak 1,714 mangsa dilaporkan terkorban akibat Covid-19 pada bulan ini berbanding 771 orang maut akibat wabak tersebut pada bulan lepas, dan 491 pada Jan

Sebanyak 6,883 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 358 daripadanya sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori