• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PH DUN Skudai Positif Covid-19

oleh AK-47
09/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Berbaki empat hari lagi tempoh berkempen sebelum hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) pada 12 Mac ini, sembilan calon disahkan positif Covid-19.

Terbaru, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 melalui ujian RTK kendiri, pagi ini.

Marina berkata, dia menjalani kuarantin di rumah dan kini menunggu hasil ujian PCR.

“Semangat saya untuk meneruskan kempen tidak lentur. Saya akan meneroka cara lain termasuk media sosial untuk berhubung dengan pengundi Skudai dalam tempoh kuarantin.

“Saya berharap anda semua akan terus memberi sokongan kepada saya dan pasukan kempen saya sehingga hari pengundian nanti. Pasukan kempen saya akan terus meneruskan kempen walaupun dengan ketiadaan saya secara fizikal,” katanya menerusi Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, calon DUN Mengkibol daripada PH, Chew Chong Sin dan Perikatan Nasional (PN) Wong Chan Giap turut disahkan positif Covid-19.

Pada isnin, Calon Parti Pejuang Negara (PEJUANG) bagi DUN Penawar, Rahmattullah Kamilin juga disahkan positif Covid-19.

Pada 4 Mac lalu, calon PH DUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan calon BN DUN Penggaram, Ter Hwa Kwong juga mengesahkan dijangkiti virus itu.

Diikuti pada 5 Mac lalu, calon PH bagi DUN Jementah, Ng Kor Sim yang positif dijangkiti.

Terdahulu pada 27 Februari, calon PKR DUN Bukit Batu, Chiong Sen Sern turut mengesahkan dijangkiti virus itu. Manakala pada hari penamaan calon, calon PKR DUN Gambir, Naim Jusri mendapat tahu dia positif Covid-19 sebaik tiba di pusat penamaan calon.

-Harian Metro

Tags: CalonCovid-19DUN SkudaiPHpositif covid-19PRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd