Saturday, September 14, 2024

Creating liberating content

Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi...

SABAK BERNAM: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai...

Kaji Jenayah Siber Terhadap...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengadakan...

Malaysia Tentang ISIS Kerana...

PUTRAJAYA - Malaysia berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa dalam menentang pertubuhan pengganas Negara...

Penjawat Awam Di Sabah...

SANDAKAN - Penggunaan bahasa kebangsaan di Sabah dalam kalangan penjawat awam mencapai 95.7...

Calon MUDA DUN Machap ‘Tertinggal Bas’

Saya berkesempatan menonton ceramah politik calon parti MUDA bagi DUN Machap, Sangaran Rawisandiran secara ‘online’ malam tadi.

Hebat sungguh teknologi zaman ini. Terima kasih Barisan Nasional (BN) kerana memajukan Malaysia untuk rakyat nikmati pada hari ini.

Saya tonton anak buah Presiden MUDA, Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam itu kelihatan begitu bersemangat.

Banyak yang dia janjikan percuma untuk penduduk DUN Machap jika menang PRN Johor seperti mana janji-janji Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.

Tetapi ada yang agak janggal apabila dia menyeru rakyat Johor supaya melakukan perubahan pada 12 Mac ini untuk menyelamatkan Malaysia.

Saya termanggu sejenak kerana pada pengetahuan saya rakyat Malaysia telah pun melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memberi undi kepada PH termasuk Syed Saddiq di Parlimen Muar lebih tiga tahun lalu konon untuk menyelamatkan Malaysia yang akan bankrup.

Malangnya ekonomi negara yang sebenarnya sedang makmur dan progresif bertukar menjadi mundur dan merosot dibawah pentadbiran PH.

Menteri Kewangan baharu sejurus kerajaan PH tumbang dengan sendirinya turut mengesahkan Malaysia sebenarnya tidak menuju kebankrapan.


Tengku Zafrul mengakui sistem kewangan negara mempunyai lebihan penampan modal atau ‘excess capital buffer’ berjumlah RM121 bilion, berbanding hanya RM39 bilion ketika Krisis Kewangan Global pada 2008.

Sudah pasti lebihan penampan modal Malaysia itu bukan dicipta oleh PH yang hanya 22 bulan mentadbir negara, maka sekali lagi terima kasih kerajaan BN.

Lebih mengharukan Sangaran menyeru rakyat Johor menyelamatkan Malaysia semasa dua bekas Menteri Kerajaan PH iaitu Syed Saddiq dan Mat Sabu sedang duduk di atas pentas bersamanya.

Setakat ini tiada lagi pemimpin PH atau bekas pemimpin PH berani menggunakan perkataan ubah dan selamatkan Malaysia sekali lagi kerana ibarat meludah ke langit.

Barangkali Sangaran ‘tertinggal bas’ dalam aspek pengetahuan am lalu gagal memahami keadaan sebenar tentang slogan Ubah dan Selamatkan Malaysia.

Tetapi disebalik kegagalan Sangaran memahami isu, persoalan lebih penting mengapa Mat Sabu berkempen untuk calon MUDA?

Ini mengambarkan MUDA bukanlah parti untuk anak muda Johor seperti digebangkan, sebaliknya MUDA adalah PH dan PH itu MUDA. PH adalah DAP!

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori