• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Gelandangan, Lelaki Dipenjara 18 Tahun

oleh Mohd Arshad
24/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana menyebabkan kematian ke atas gelandangan warga emas, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Aslam Zainuddin, menjatuhkan hukuman itu terhadap Choon Wei How, 46, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu.

Aslam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Sebaliknya, mahkamah mendapati pendakwaan membuktikan kes prima facie untuk pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda.

“Setelah meneliti keterangan kes pendakwaan termasuk hujahan kedua-dua pihak (pendakwaan dan pembelaan), mahkamah mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, mahkamah mendapati wujud elemen di bawah Seksyen 304(a) kanun sama.

“Sehubungan itu, mahkamah menawarkan suatu pertuduhan pilihan terhadap tertuduh di bawah Sesyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

“Memandangkan tertuduh membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan pilihan dan satu nyawa telah hilang, hukuman pemenjaraan yang panjang dikenakan terhadap tertuduh,” kata Aslam ketika membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 31 Oktober 2018.

Choon didakwa dengan niat menyebabkan kematian Lee Khim Kiat, 66, di hadapan sebuah rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak di sini, pada jam 11.03 malam, 31 Oktober 2018.

Seramai 14 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 24 Februari 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Kitson Foong dan Vam Shir Mooi.

Bernama-

Tags: gelandangankes bunuhwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd