• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Britain Sedia Bertempur Dengan Rusia

oleh AK-47
16/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Britain menyatakan kesediaannya untuk berperang dengan Rusia sekiranya Moscow melancarkan serangan ke atas negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Setiausaha Kesihatan negara itu, Sajid Javid memberi amaran kepada Kremlin kelmarin bahawa sebarang pencerobohan ke atas negara sekutu NATO akan mengakibatkan tindak balas signifikan.

“Kami telah menjelaskan dari awal bahawa sebarang cubaan untuk menyerang wilayah NATO akan membawa kepada peperangan berskala besar dengan kami semua.

“Walaupun hanya satu tapak kaki tentera Rusia melangkah masuk ke dalam wilayah NATO, ia bermaksud peperangan akan bermula.

“Mesej kami dari awal (serangan Rusia) adalah jelas. Sebarang serangan, apa-apa sahaja yang mengganggu wilayah NATO atau memberi kesan besar kepada NATO, ia bererti kami akan melaksanakan tindak balas,” kata Sajid.

Rusia pada malam kelmarin melancarkan serangan ke atas Ukraine di lokasi hanya 19 kilometer dari sempadan Poland, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap konflik global.

Penduduk Poland yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut dilaporkan dapat melihat letupan di langit dengan jelas.

Warsaw merupakan sebahagian daripada anggota bersekutu NATO yang turut terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman.

Artikel 5 Piagam NATO menyebut bahawa ahli-ahli sekutu perlu membantu sesama sendiri sekiranya terdapat negara anggota yang diserang.

Dalam pada itu, NATO menempatkan 30,000 anggota tentera dan 50 buah kapal perang di Norway, yang berhampiran dengan sempadan Rusia bagi tujuan menggiatkan latihan ketenteraan.

Latihan setiap dua tahun dinamakan sebagai Cold Response itu bermula kelmarin, di tengah-tengah tekanan meningkat antara Moscow dan blok Barat.

Ia melibatkan 30,000 anggota tentera dari lebih 25 buah negara Eropah dan Amerika Utara, 200 jet pejuang serta 50 kapal perang.

Latihan ketenteraan terbesar NATO yang diadakan hanya beberapa kilometer dari sempadan Rusia itu telah dirancang sebelum peperangan antara Rusia dan Ukraine tercetus. Bagaimanapun, ia kini dipergiatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan akibat daripada konflik tersebut.

“Latihan ketenteraan ini amat penting untuk keselamatan Norway dan negara-negara sekutu kami.

“Ia diadakan bukan disebabkan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine, namun ekoran konflik itu, kepentingan latihan ketenteraan pada tahun ini dipertingkatkan,” kata Menteri Pertahanan Norway, Odd Roger Enoksen.

-Kosmo Online

Tags: BritainKrisis Rusia-UkraineRusiaSedia Bertempur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

Next Post

MH17: Malaysia Ambil Bahagian Dalam Perbincangan ICAO

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

MH17: Malaysia Ambil Bahagian Dalam Perbincangan ICAO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd