• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Mohon SPR Kira Semula Undi DUN Bukit Batu

oleh AK-47
15/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Barisan Nasional (BN) memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pengiraan semula undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Calon BN bagi kerusi berkenaan, S Suppayah mendakwa berlaku ketirisan ketika proses pengiraan undi dan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Beliau turut mendakwa, perkara itu merujuk kepada pengiraan semula yang menyebabkan terdapat jumlah besar bagi kertas undi ditolak.

“Saya dimaklumkan daripada ejen pengiraan undi terdapat banyak bantahan terhadap kertas undi. Sepatutnya kertas undi boleh diterima tetapi apabila ada bantahan daripada PKR, mereka (SPR) tolak semula kertas undi itu.

“Kami berpendapat ada perkara yang kurang menyenangkan berlaku dan mahkamah dilihat boleh menyelesaikan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, pada Selasa.

Pada PRN Johor, Suppayah yang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC tewas bagi kerusi DUN Bukit Batu (Parlimen Kulai) kepada calon PKR, Chiong Sen Sern dengan majoriti 137 undi selepas beberapa kali pengiraan undi dilakukan.

Sen Sern berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan jumlah undi sebanyak 9,439 sekali gus menewaskan Supayyah yang memperoleh 9,302 undi.

Supayyah berkata, laporan polis itu merupakan satu proses perundangan bagi membolehkan bantahan dilaksanakan dan dibawa ke mahkamah.

Katanya, menerusi laporan polis yang dibuat itu, pihaknya hanya mahu SPR membuat semula pengiraan semula bagi undi yang ditolak iaitu sebanyak 612 undi.

“Itu sebenarnya satu jumlah yang tinggi kerana jumlah majoriti bagi pertandingan di DUN itu ialah sebanyak 137 sahaja. Ini tidak munasabah,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNDUN Bukit BatuKira SemulaPRN JohorSPRUndi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd