• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Akan Terus Sokong Kepimpinan Muhyiddin

oleh AK-47
13/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Bersatu akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam kenyataan hari ini, Ahmad Faizal berkata, perjuangan Presiden Bersatu itu mesti diteruskan.

“Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekiranya dikehendaki kepimpinan dan ahlinya, berikutan kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Menurut Ahmad Faizal, satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengenal pasti faktor prestasi Bersatu yang hanya memenangi dua daripada 33 kerusi yang ditandingi, selain faktor peratusan rendah pengundi keluar mengundi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera pilihan raya PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan yang bertungkus-lumus sepanjang kempen PRN Johor.

“Semangat kebersamaan ini mesti kita teruskan demi memperkasakan perjuangan parti kita. Kepada Allah, kami berserah,” katanya.

PRN Johor berakhir semalam dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) yang berjaya menawan 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ditandingi, manakala Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi, PN memenangi tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta PKR masing-masing berjaya meraih satu kerusi.

-Harian Metro

Tags: BERSATUMuhyiddin YassinTerus Menyokong
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd