• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Bursa Malaysia Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Yusli Mohamed Yusoff, meninggal dunia tengah hari ini pada usia 63 tahun selepas berjuang melawan barah.

Allahyarham memegang jawatan penting itu bagi tempoh 10 April 2004 hingga 31 Mac 2011 di Bursa yang sebelum ini dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur.

Selain itu, Allahyarham juga menyandang jawatan termasuk pengerusi Mudajaya Group Bhd, timbalan pengerusi FGV Holdings Bhd (FGV) dan presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG).

Yusli juga pernah dilantik sebagai pengarah AirAsia X Bhd, Westports Holdings Bhd dan KPJ Healthcare Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Mohd Nazrul Izam Mansor berkata seluruh warga kerja FGV mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut beliau, Yusli dilantik menganggotai Lembaga Pengarah FGV pada 6 September 2018 dan disusuli dengan pelantikan sebagai timbalan pengerusi pada 2 Mac, 2020.

“Allahyarham merupakan seorang insan yang baik dan dihormati oleh kalangan sahabatnya. Sebagai ahli Lembaga Pengarah, Allahyarham memberi sumbangan bermakna terhadap pelan pemulihan FGV.

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar untuk kumpulan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya kepada Bernama.

Bernama-

Tags: Bekas CEO Bursa MalaysiaDatuk Yusli Mohamed Yusoffmeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd