• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baharudin Dilantik Ketua JSJ Selangor

oleh AK-47
25/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor bakal disandang oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkuatkuasa April depan.

Baharudin yang mula menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 1 Februari 2018 itu akan mengisi kekosongan jawatan terbabit dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau juga menggantikan Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dilantik sebagai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 15 Disember tahun lalu.

“Saya menerima arahan petang semalam (dari Bukit Aman). Saya akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebagai Pemangku SAC dengan jawatan KJSJ Selangor.

“InsyaAllah, saya akan melaporkan diri pada April nanti,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke 215 Tahun 2022 di Perkarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Difahamkan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu-Lintas) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim bakal menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Mengulas mengenai sambutan kali ini, beliau dan pasukan melahirkan kesyukuran kerana sambutan kembali seperti sediakala sebagaimana sebelum pandemik Covid-19.

“Sambutan tahun ini, kita bersyukur Alhamdulillah kerana sambutan hampir sama seperti sebelum Covid-19.

“Dalam majlis ini, polis turut menghargai jasa orang awam di mana seramai 31 individu diberikan surat penghargaan kerana bersama-sama polis dalam mencegah jenayah, dalam isu Covid-19, bencana dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, indeks jenayah di kawasan pentadbiran IPD Shah Alam menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu dalam tempoh sama.

“Sejak awal Januari tahun ini sehingga semalam, indeks jenayah menunjukkan penurunan kes sebanyak 83 kes atau 33.3 peratus.

“Secara keseluruhannya, dalam tempoh sama, sebanyak 166 kes tahun ini manakala 249 kes tahun lalu. Kita berjaya menangani pelbagai kes jenayah dan akan terus berusaha mengekangnya,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, dari sudut positif media membantu polis mendapatkan maklumat awal mengenai kejadian jenayah dan salah laku.

“Saya bersetuju, dengan adanya media sosial, membantu polis (mendapatkan maklumat kejadian) contohnya apabila mereka rakam kejadian itu dan dikongsi di media sosial. Walaupun ada kurang tepat, sekurang-kurangnya polis dapat maklumat awal,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BaharudinJSJKetua JSJ Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jepun: Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi Magnitud 7.6

70 Pusat Hiburan Di Seluruh Negara Digempur

01/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Seramai 4,568 pengunjung diperiksa dalam serbuan ke atas 70 pusat hiburan di seluruh negara dalam Op Noda Khas...

2 Lelaki Ditahan Simpan Senapang, Ganja Dan Bahan Buat Alat Letupan

2 Lelaki Ditahan Simpan Senapang, Ganja Dan Bahan Buat Alat Letupan

05/04/2023
0

ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di dua kediaman di Baling kerana disyaki menyimpan senapang patah, ganja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd