Seorang netizen meninggalkan komen membaca kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan mantan Perdana Menteri, Najib Razak ibarat membaca majalah Mastika dan The Economist.
Rafizi adalah Mastika dan Najib Bossku adalah The Economist. Memang tepat sekali pandangan itu namun jangan salah faham Mastika tidak salah, yang salah adalah Rafizi.
Mastika sangat popular kerana bermain dengan emosi dan persepsi pembaca untuk melakukan jualan. Itu strategi ‘marketing’ bagi tujuan perniagaan semata-mata.
Rafizi pula bermain dengan emosi dan persepsi untuk menghasut rakyat supaya sekali lagi membenci Najib seperti beliau sendiri pernah akui tugasnya adalah menghasut rakyat.
Berdasarkan fakta tersebut maka sepatutnya bukan menjadi sesuatu yang terlalu gempak untuk dihadam oleh rakyat apabila Rafizi cuba membina persepsi buruk baharu terhadap Najib.
Yang sepatutnya menjadi gempak apabila masih ada rakyat Malaysia masih mempercayai Rafizi dan elemen Mastikanya selepas apa yang disaksikan selepas PRU-14 berakhir.
Segala penipuan dan pembohongan yang terserlah pada PRU-14 sepatutnya menginsafkan rakyat yang terpedaya, mengajar mereka maksud politik kebencian dan politik pembangunan.
Tetapi itulah hakikatnya masih ada rakyat terlalu ego untuk mengakui mereka telah tersilap pernah mempercayai Raja Persepsi, Raja Propaganda, Raja Andaian, Raja Teori dan Raja Formula.
Seperti kata seorang lagi netizen: “Yang undi PH adalah satu kesilapan, yang masih undi dan sokong PH adalah satu kebodohan, tetapi yang masih percaya formula rafizi adalah satu kebengapan”
-Mynewshub

