Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Pusat Penerimaan...

Universiti Malaya Dakwa Fahmi...

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol yang turut bertanggungjawab...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Ritcher berlaku di...

Helah Bijak Budak Kecil...

NEW DELHI - Apakah yang akan anda buat jika terserempak dengan anjing jalanan?...

Amaran Cuaca Buruk Di 6 Negeri Petang Ini

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya berwaspada ekoran amaran ribut petir dan hujan lebat petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu laporan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat petang hari ini.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka tertumpu sekitar Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Selain itu, bagi negeri Pahang, cuaca buru yang sama bakal melanda di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin serta keseluruhan Melaka,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, di Johor, antara daerah yang bakal mengalami hujan lebat serta ribut petir adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.


Sementara itu, bagi negeri Sarawak, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan kawasan Limbang dan beberapa bahagian di Sabah.

“Antaranya adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori