• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Rakan Berdepan Hukuman Gantung

oleh Mohd Arshad
21/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Tiga sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah heroin, awal bulan ini.

Esa Muhamad Din, 58, Muhammad Zuhairy Borhan, 44, dan Muhammad Asri Ahmad Tamizi, 39, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa dengan niat bersama mengedar heroin berat kasar 82 gram yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan rumah tidak bernombor Lot 1057-2, Kilometer 16 Kampung Ladang Kerubong, di sini, kira-kira jam 2 petang, pada 8 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 25 April depan bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

-Berita Harian

Tags: dadahHukuman Gantungmengedar dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd